happiness
wontcome
if you dont appriciate others ♥
tag please

nae says salam

The names Naili. 8.1.1995. :♥ reading . rabbits . sugar . spice . n everything nice . pink .




monthly archive

11/20/11 - 11/27/11 11/27/11 - 12/4/11 12/11/11 - 12/18/11 3/4/12 - 3/11/12 7/1/12 - 7/8/12 7/8/12 - 7/15/12 7/15/12 - 7/22/12
recent entries

Ujian THE FAREWELL ADVICE Remaja Zaman Sekarang JAHILNYA HARI SEMALAM, CINTANYA HARI INI DAN PENGH... ‎::..CARTA DOSA JASA ANDA DI DUNIA, ANUGERAH ANDA ...
Friday, November 25, 2011 @ 2:48 PM
Konsep Ajal
1. Setiap manusia akan menemui mati tetapi manusia boleh berusaha dan berikhtiar untuk melambatkannya.

2. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah berdo'a kepada Allah agar dipanjangkan umur.

Pengertian Ajal
Ialah tempoh kematian bagi seseorang manusia yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali.

Pembahagian Ajal

Terbahagi kepada dua bahagian :-
1. Ajal Muallaq.
2. Ajal Mubram.

Pengertian Ajal Muallaq dan contoh
Ialah ajal yang tidak tetap atau dapat berubah bergantung kepada keadaan, masa dan sebab berlakunya ajal itu.

Contoh : Ahmad diserang demam dan dalam keadaan tenat tetapi dengan usaha dan ikhtiar mengubati penyakitnya serta berdo'a maka Ahmad pun mula sembuh.

Pengertian Ajal Mubram dan contoh
Ialah ajal yang tetap atau tidak dapat berubah lagi kerana sudah ditentukan oleh Allah swt sejak azali kepada makhluknya.

Contoh : Siti diserang penyakit demam panas dan ia juga berusaha mengubatinya dan berdo'a tetapi akhirnya dia tetap mati.
back to top?
melody

asmaul husna