happiness
wontcome
if you dont appriciate others ♥
|
tag please
|
nae says salam |
monthly archive 11/20/11 - 11/27/11 11/27/11 - 12/4/11 12/11/11 - 12/18/11 3/4/12 - 3/11/12 7/1/12 - 7/8/12 7/8/12 - 7/15/12 7/15/12 - 7/22/12 |
recent entries Ramadan Greetings :D Aurat Wanita The Warmth It's Holiday :D charge it up :D Jadikanlah cinta kita indah seindah warna smart ? Buta Kerana Menangis Kepada-Nya Allah 15 anugerah wanita |
Friday, November 25, 2011 @ 2:53 PM
Buta Kerana Menangis Kepada-Nya Allah
Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan solat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai solat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa:“Wahai Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia, serta setiap getaran batin tidak ada Raja bagiku selain Engkau yang kuharap dapat mengelak bencana yang dahsyat.” Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: “Wahai puan! Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?” “Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di nereka nanti.” Kata perempuan tua itu. Saleh pun ikut menangis kerana sangat terharu mendengar hujjah wanita yang menggerunkan itu. “Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya.” Pinta perempuan itu. Lalu Saleh membacakan ayat yang ertinya: “Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya.” (Al-An’am: 91) “Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?” Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga. Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus. Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: “Bagaimana keadaanmu sekarang?” Perempuan itu menjawab: “Sebaik saja rohku dicabut, aku didudukkan di hadapan-Nya dan berkata: “Selamat datang wahai orang yang mati akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku.” back to top? |
|
@ 2:52 PM
15 anugerah wanita
1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.” 2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya. 4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah). 5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.” 6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.” 7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.” 8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.” 9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.” 10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.” 11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut. 13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. 14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin). 15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah. back to top? |
|
@ 2:48 PM
Konsep Ajal
1. Setiap manusia akan menemui mati tetapi manusia boleh berusaha dan berikhtiar untuk melambatkannya.2. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah berdo'a kepada Allah agar dipanjangkan umur. Pengertian Ajal Ialah tempoh kematian bagi seseorang manusia yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali. Pembahagian Ajal Terbahagi kepada dua bahagian :- 1. Ajal Muallaq. 2. Ajal Mubram. Pengertian Ajal Muallaq dan contoh Ialah ajal yang tidak tetap atau dapat berubah bergantung kepada keadaan, masa dan sebab berlakunya ajal itu. Contoh : Ahmad diserang demam dan dalam keadaan tenat tetapi dengan usaha dan ikhtiar mengubati penyakitnya serta berdo'a maka Ahmad pun mula sembuh. Pengertian Ajal Mubram dan contoh Ialah ajal yang tetap atau tidak dapat berubah lagi kerana sudah ditentukan oleh Allah swt sejak azali kepada makhluknya. Contoh : Siti diserang penyakit demam panas dan ia juga berusaha mengubatinya dan berdo'a tetapi akhirnya dia tetap mati. back to top? |
|
@ 2:40 PM
Ujian
Perempuan di uji di dunia..kena pakai tudung, kena pakai stokin, kena tutup aurat dengan sempurna, kena banyak fitnah, kena taat perintah suami, kena menjaga maruah diri, tak boleh berlebihan dalam berhias,, Di akhirat... sabar + redha = InsyaAllah syurga menanti...... Lelaki di beri kemudahan di dunia.... tak payah pakai tudung, tak payah pakai stokin, aurat senang di jaga, tak risau dengan fitnah, mudah nak buat apa saja, Di akhirat... tanggung dosa diri sendiri, dosa isteri, dosa anak2, dosa tgnjawab yg tak di buat, dosa tak beri nafkah, dosa tak menjaga pandangan, dosa adik2, dosa sesama manusia, dosa tak solat, dan lain2.... sabar + redha belum cukup kerana lelaki akan ditanya tanggngjawab mereka di buat atau tidak di dunia.. kalau melakukan tanggungjawab dengan baik = insyAllah syurga menanti itulah kelebihan yg Allah berikan...lelaki dan perempuan masing2 ada kelebihan dan Allah itu maha adil....janganlah kita merungut dan tidak redha atas apa yg dah ditentukan oleh kita...apa yang kita ada..itulah yg terbaik buat kita yg Allah ciptakan..bersykurlah :) INSYAALLAH.. back to top? |
|
@ 2:37 PM
THE FAREWELL ADVICE
Bismillah: THE FAREWELL ADVICE: The Prophet ﷺ pbuh delivered to us an eloquent and profound sermon, one that caused eyes to shed tears and the hearts to quake. We said O Messenger of Allah! It is as if this is a farewell sermon! He ﷺ pbuh said:1-Fear Allah & Listen and obey (to those in authority), even if an Ethiopian slave is made a leader over you. 2-Whoever from you lives after me will see... much conflict; then upon you is my Sunnah and the Sunnah of the rightly guided Khalifahs after me; bite on it (sunnah) with your Molars! 3-And beware and stay away from innovated matters, for every innovation is misguidance. [Abu Dawud (3851), Tirmidhi (2157), ibn Majah (40) & others]. [Food for thought] Imagine the feelings of a tenderhearted mother as she says farewell to her beloved child, here the Messenger of Allah ﷺ is saying farewell to his Companions and to His Nation [YOU and I] – Therefore this advice has to be the most comprehensive that he ﷺ pbuh ever gave!!! [Take 60 seconds…] REFLECT on the advice and know that If your hearts are wounded by the death of our beloved prophet ﷺ then hasten to apply his final advice. La ila ha ilalla hu Muhammadur-rasoolulla back to top? |
|
@ 2:33 PM
Remaja Zaman Sekarang
Upload gambar dengan pakwe/makwe ~ (ohh sweetnya).Naik motor dengan pakwe/makwe ~ (oh! jiwangnya). Pegang tangan dengan pakwe/makwe ~ (oh, mereka sungguh romantik). Serahkan maruah pada BF (oh, setianya!) ... takde pakwe/makwe ~ (Kau hidup dalam zaman batu). tak pernah naik motor dengan yang bukan mahram ~ (Kau tak sporting langsung). tak pernah pegang tangan ~ (Kau bercinta ke apa??). Jaga Maruah luar dan dalam ~ (Eleh, macam la dia tu bagus sangat). : kat dunia, berlagak la puas2 mengata orang sana sini, kat akhirat nanti, kita pasti akan tahu, siapa betul, siapa salah. back to top? |
|
@ 1:17 PM
JAHILNYA HARI SEMALAM, CINTANYA HARI INI DAN PENGHARAPAN HARI ESOK
Hari semalam sudah berlalu,Hati keliru mentafsir mimpi yang tak berkesudahan, Takut pada setiap perjalanan, ... Tahu betapa kurangnya keberkatan, Rapuhnya iman membawa kepada keCINTAan pada dunia. Hari Ini, Kurasakan terlalu panjang, Menanti SAAt ajal disaat kemanisan dalam kerinduan, Siapalah aku untuk meraih CINTAMU TUHAN, Namun aku tahu, Dengan satu perjuangan, Akan KAU bayar dengan janji-janji terdahulu sejak azali, Sebesar mana sangatlah perjuanganku YA Allah, Namun aku yakin KAU lebih mengetahui taraf kemampuan, YA Allah bantulah aku, Sesungguhnya seluruh jiwa, raga, hati dan JASADku ku serah pada-MU. Esok yang masih dalam kesamaran, Namun hamparan doa berharap pada Kejayaan, Semoga dunia disinari cahaya barakah-Mu Ya Allah, Moga hati setiap insan tiada Kekacauan, Semoga syurga yg KAU kurnia menjadi bertambah penghuninya. Amin Ya Rabb. back to top? |
|
@ 12:54 PM
::..CARTA DOSA JASA ANDA DI DUNIA, ANUGERAH ANDA DI AKHIRAT..::
Ingatan buat diriku yang selalu terlupa... 1. MENINGGALKAN sembahyang - ULAR SAQAR sedang menunggu. 2. MELEWAT-LEWATKAN sembahyang - NERAKA WAIL sedang menganga. 3. MERINGAN-RINGANKAN syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar 4. MENGUMPAT peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah 5. MENYEBARKAN gossip atau fitnah - DURI-DURI menanti anda di taman neraka 6. Tidak MENJAGA pergaulan -LIBASAN api neraka dijanjikan 7. Tidak BERAKHLAK dengan manusia -KEMURKAAN Allah bersama mu.. 8. MENYAKITI hati orang dengan lisan- MASUKLAH mana-mana pintu neraka 9.Meringankan AMANAH - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka 10.BERSANGKA BURUK - AMALAN BAIK diambil oran back to top? |
melody |
asmaul husna |